FREE shipping with min purchase RM30 (West Malaysia only)

Spirulina? Betul Ke Bagus?

superfood spirulina

Bumi kita sedang menghadapi krisi kesihatan yang dinamakan sebagai Krisis alam sekitar. Bakteria dan Virus yang baru serta pencemaran kimia mengancam kesihatan kita.

Makanan ialah benteng pertahanan pertama yang melindungi kita daripada kesan negatif pencemaran, bahan kimia, tekanan hidup dan penyakit. Apabila semakin ramai orang sedar akan kepentingan menjaga kesihatan, maka permintaan terhadap makanan semula jadi meningkat secara mendadak. Satu daripadanya ialah makanan semula jadi yang sangat hebat, iaitu Spirulina.

Ramai tertanya-tanya tentang spirulina, sememangnya bagus atau tidak? Tetapi sebenarnya boleh dikatakan sejumlah bilangan yang besar juga rakyat Malaysia yang tidak tahu apa itu spirulina. Tidak mengapa, kami boleh beritahu!

 

apa itu spirulina

Apa Itu Spirulina?

Spirulina ialah sejenis alga hijau kebiruan mikroskopik berbentuk gegelung lingkaran sempurna. Spirulina wujud secara semula jadi melalui peredaran evolusi yang berlaku berbilion tahun lamanya serta dikodkan DNAnya. Sejak beberapa dekad yang lalu, berjuta orang di seluruh dunia mengambilnya sebagai makanan tambahan yang selamat. Malah, Bangsa-bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia turut mengesyorkan Spirulina sebagai makanan yang selamat dan berkhasiat untuk kanak-kanak.

Mengapa Spirulina disebut sebagai makanan hebat?

Ini kerana ianya mengandungi nutrisi yang amat berkesan berbanding kebanyakkan makanan, tumbuhan, bijirin atau herba.
 
manfaat kesihatan spirulina

Manfaat Kesihatan Spirulina

• Menguatkan sistem imun
• Meningkatkan proses pembersihan semulajadi dan pendetoksikan
• Memperbaik kesihatan pencernaan dan sistem penghadaman


Spirulina sesuai untuk semua peringkat umur, termasuklah kanak-kanak. Ia boleh diambil setiap hari. Is membantu menguatkan dan menyeimbangkan kesihatan kita dengan membekalkan banyak nutrien untuk tumbesaran secara menyeluruh. Ia mengkuatkan ketahanan badan daripada serangan bakteria dan virus.

 

Macam Mana Mahu Ambil Spirulina?

Tersangat mudah! Nature’s Own ada solusi yang tepat untuk anda semua dengan produk hangat kami iaitu Bijirin Beras Perang Segera dengan Spirulina. Kami datangkan khas dua versi iaitu Tiada Gula Tambahan & Kurang Gula.

Caranya amat mudah dan senang, hanya masukkan satu paket kecil ke dalam gelas kemudian letakkan air suam sebanyak 200ml. Siap untuk diminum!

 

English Version: LINK

中文版:LINK

Previous Article Next Article