FREE shipping with min purchase RM30 (West Malaysia only)

Khasiat Beras Perang

Khasiat Beras Perang

Khasiat Beras Perang

Dipetik dari: Dewan Ekonomi (1995)

________________________________________

Beras perang adalah beras yang tidak dikisar atau separuh dikisar. Ia merupakan sejenis biji-bijian semula jadi yang lengkap. 

Beras perang dirujuk sebagai beras yang jarang-jarang dimakan dan dijadikan makanan utama kepada orang tua dan bayi-bayi. Selaras dengan peningkatan taraf hidup kini, makanan berkhasiat semakin mendapat perhatian kerana kesihatan merupakan keutamaan dalam hidup. Beras Perang yang direndahkan secara tradisional ini kini adalah lebih mahal berbanding beras putih.

Generasi lama sememangnya mengetahui akan nilai pemakanan daripada proses awal perkilangan beras perang ini. Beras perang ini merupakan makanan kesihatan alamiah yang baik untuk pertumbuhan fizikal dari peringkat bayi lagi.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak dan orang dewasa tidak begitu menggemari beras perang dalam keadaan asal kerana rasanya yang kurang menarik, kelat dan tawar. Oleh itu, amat sedikit orang yang makan beras perang, meskipun khasiatnya begitu tinggi untuk kesihatan tubuh badan.

khasiat beras perang

Antara bahan penting yang boleh didapati daripada beras perang itu adalah serat. Serat adalah bahan yang membantu penghadaman dan melindungi usus daripada asid yang dikeluarkan oleh perut semasa penghadaman, di samping mengurangkan barah usus atau pendarahan dalam usus.

Beras Perang mempunyai nilai pemakanan yang lebih tinggi kerana kebanyakan zat yang terkandung dalam biji beras itu dapat dikekalkan. Beras perang dapat mengekalkan lapisan luar biji beras dan mata padi yang mengandungi zat mineral dan vitamin dalam kandungan yang tinggi.

Beras perang boleh dimakan oleh semua ahli keluarga, termasuklah kanak-kanak kecil yang mula menikmati makanan pepejal dan orang tua. Pengambilan beras perang sebagai sebahagian diet yang seimbang untuk jangka panjang akan memanfaatkan orang ramai.

Previous Article Next Article